Tuesday, January 18, 2011

sahabatku

Jika perlu marah,marahlah tetapi usah terlupa perkataan sabar.
Jika perlu menangis,menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang.
Jika perlu patuh,patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.
Jika mahu miskin,miskinlah tetapi jangan terlalu miskin,nanti mudah menjadi kufur.
Jika mahu kaya,kayalah tetapi jangan terlalu kaya,sampai terlupa perkataan sedekah.
Jika mahu menjadi warak,lakukanlah ibadah sebanyak banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan dunia.
Kalau mahu sebuah kereta mewah,belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa.
Kalau mahu dua buah rumah,belilah...asalkan jangan sampai tak tau perkataan puas.
Kalau mahu menimbun harta,berkerja keras lah...asalkan jangan lupa beribadah.
Kalau mahu berhibur,berhiburlah...asal tidak sakan dan menyalahi syarat.
Kalau mahu memperkatakan hal orang,berkatalah...asalkan jangan sampai mengumpat.
Kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang,cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama lamanya
Jika mahu menyayangi... sayanglah... asalkan jangan melebihi daripada sayang kita kepadaNya....
Jika mahu merindui .... rindulah... asalkan jangan melebihi rindu kita kepadaNya....

No comments:

Post a Comment