Monday, February 14, 2011

ORANG YANG BAHAGIA MENARIK LEBIH REZEKI

ada masa tatkala hati gembira, kita kekadang merasakan mengapa aku perlu melayan hati yang sedih. bukankah jauh lebih baik jika aku sentiasa dapat memperkasakan hati, lalu hidup ini dilalui dengan lebih ceria dan penuh warna warni.
namun, itulah kehidupan, ada masa hati tersenyum riang, jiwa rasa penuh bunga-bunga yang kembang dan mewangi harum. hidup terasa indah. tika dan saat lain, hati merintih sedih, jiwa merana sayu, hidup rasa tidak bermakna.
dengan menggunakan EFT, emotional freedom technique kita mampu membebaskan emosi negatif dalam sekejapan.
emosi negatif dalam diri, ibarat sekatan pada laluan air sungai,apabila dialihkan sekatan itu, atau dibuang daripada laluan air sungai tersebut, maka air sungai akan mengalir lancar dan laju malah mampu pula menolak sekatan – sekatan kecil yang baru mula menapak pada laluannya.
begitu jugalah emosi negatif dalam diri. jika kita buang sekatan atau emosi tersebut, bukan sahaja hidup ini penuh riang, tubuh jauh daripada penyakit (emosi negatif menarik penyakit seperti magnet), malah rezeki turut melimpah ruah.
sememangnya, orang yang bahagia mengundang rezeki yang jauh lebih besar. mengapa ye?
1. orang yang bahagia, hatinya juga bahagia- dia mudah membayangkan yang indah-indah dalam hidupnya. lalu, minda separa sedarnya juga bergerak ke arah itu, maka laluan hidupnya sentiasa dipenuhi yang indah-indah. rezeki juga amat mudah.
2. orang yang bahagia, tubuhnya jauh lebih sihat – pernah dengar umur kronologi dan umur biologi? orang yang bahagia, umur biologinya jauh lebih muda daripada umur kronologinya. maka, dia bukan sahaja nampak jaul lebih muda daripada usia sebenar, tetapi dia juga sihat dan jarang diserang penyakit. maka, wangnya tidak dibazirkan untuk kesihatan sahaja. rezekinya berkat.
3. orang yang bahagia, adalah orang yang bersyukur- orang yang bahagia; dia bahagia kerana dia jarang berkeluh kesah. dia melalui hidup seadanya dan amat mudah berpuas hati, tidak mudah merasa tertekan dengan sebarang jua situasi . mudah bersyukur dan mudah rasa hidupnya sempurna walaupun apa yang dimikinya sedikit. dia mudah memandang orang yang dibawah dan bukan orang yang di atas, lalu dia merasa bersyukur. bukankah orang yang bersyukur itu, Allah akan menambahkan lagi rezekinya?
4. orang yang bahagia adalah magnet rezeki- dengan sifatnya yang bahagia, maka rezeki cepat bertandang. hidupnya yang ceria membuatkan dirinya menjadi magnet kepada semua yang positif. semua yang positif mengelilingi orang yang positif juga. dan hanya orang yang positif juga yang boleh menjadikan orang lain positif.

No comments:

Post a Comment