Friday, December 31, 2010

SELAMAT DATANG 2011...SELAMAT TINGGAL 2O1O

selamat datang tahun 2o11..selamat tinggal 2o1o...MISS KELAT ucapkan buat semua tak kira dimana jua berada..di tahun baru ni kita semua..sememangnya di tahun baru ni kita semua kena buka lembaran tahun ..apa yang pernah terjadi dan berlaku pada kita ditahun 2o1o jadikan pengalaman dan pengajaran..tidak semestinya kenangan pahit yg berlaku pada 2o1o kita kena kenang..buat menyakitkan hati sendiri ja..bagi MISS KELAT...buang yang keruh ambil yang jernih...mulakan hidup baru.semua baru...

Saturday, December 18, 2010

MAHAR CINTA





LIRIK LAGU MAHAR CINTA        


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


MENCARI KEMBALI SINAR KEBENARAN

Hari demi hari aku tewas 
Dan kalah dengan perasaan
Semakin hari semakin menjerat sanubari
Untuk berlari dan terus berlari
Mencari sesuatu yang ‘bebas’
Dan jawapan pada seribu persoalan
Demi  memuaskan hati semua pihak
Tanpa fikir dimana langkah kakiku terhenti
Sama ada sedar atau tidak
Kakiku telah terhenti
Dipersimpangan yang salah
Simpang yang berliku, berlopak dan bercabang
Berjalan dan terus berjalan
Walau jalan yang dilalui itu
Sememangnya telah nyata
Jauh terpesong
Dari jalan yang sebenar
Hati penuh gelisah
Terus berjalan demi berjalan
Dan tak tahu dimana garis penamat
Untuk mendapat apa yang diingini
Dalam satu keadaan jalan yang sangat mengelirukan
Lagi curam
Seorang insan
menunjukkan jalan yang sebenar
Untuk aku lalui
Bukan jalan yang aku telah lalui
Dengan hanya berpandukan ‘bisikkan perasaan’
Bukan akal
Lantaran kecewa dan penuh bercelaru
Itulah pertolongan ilahi padaku
Memimpin aku kepada-NYA semula
Dengan perantara insan bernama manusia
hanya teguran
membuatku terbangun dari lena
tersedar dari tindakan tanpa kawalan
Bukankah Allah sayang padaku!
Tidak membiarkan  aku lama terhenti diantara
jalan yang banyak cabang
yang tidak jumpa garis penamat
Jalan yang akan membawaku keluar
Dari Jalan yang selama ini aku perjuangkan
Alhamdulillah
Jalan ke hadapan diteruskan jua
Melangkah demi melangkah
Mencari kembali sinar kebenaran
Meneruskan semula perjuangan
Tersemat kukuh didasar hati
KALAM ALLAH adalah SEGALANYA
Disitulah kedamaian,ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan
Segala pujian kembali pada-NYA….

Thursday, December 16, 2010

MUSUH UTAMA NEGARA..DADAH

Ni dah jadi trend budak2 dan orang deewasa pada masa sekarang..tak kira dari golongan muda dan golongan dewasa malahan yang palaing MISS KELAT sedih ada juaga golongan tua yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.dadah merupakan musuh utama kepada  negara..MISS KELAT tgk sekarang banyak yang trerlibat dalam penyalahgunaan dadah ini disebabkan terpengaruh daripada rakan2 dan ada yang ingin mencuba..bagi golongan dewasa rata2 diambil untuk menghilangkan tekanan..bg MISS KELAT semua masalah yg dihadapi atau apa jua yg masalah yang datang , tak perlu kita tangani dengan mengambil dadah..
hari2 MISS KELAT lihat remaja malaysia ditangkap kerana dadah..tapi..siapa yang bersalah dalam hal ini...hanya diri sendiri sahaja yang mengetahui...'tepuk dada tanya selera"


DADAH DURJANA
Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan
Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia
Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..
Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian



                      

Tuesday, December 14, 2010

MANUSIA KEJAM



MISS KELAT rasa sedih sangat2 bila baca akhbar tentang pembuangan bayi...bayi2 yang dilahirkan tidak berdosa dan tidak bersalah..apakah salah mereka sehingga mereka dibuang begitu sahajasedangkan binatang sayangkan anaknye sehingga sanggup mengadaikan nyawa tuk menjaga anak…tapi kenapa manusia yang berakal sebaik-baik makhluk ciptaan Allah nie sanggup berbuat demikin….apa-apa pun lu pikir la sendiri bak kata nabil raja lawak….cukup sedih terkilan,mengapa org melayu…org lain besusah pyh nk kan zuriat tp org xde rase tnggungjawab ni langsung xhargai pemberian tuhan …yg berdosa bkn bayi tu dia juga xbersalah ..dia cume ingin rasa nikmat hidup di dunia dan kenal sape yg melahirkn nye..org yg buat macam ni maruah dia lebih rendah dr anjing,xade otak dan xberakal melepaskn rasa tnggungjawab utk tutup kesalahan n rasa malu..xlayak di panggil manusia di panggil binatang pun xlayak sebab
binatang pun tau syg ank..paling menyedihkan MISS KELAT penah berdepan dgn keadaan si ibu dan ayh tolong ank gugurkn kandungan semata2 nk jaga maruah yg sbnrnye mmg dah hilang bila diorang berkelakuan hina melampaui binatang
.semua kejadian yg berlaku pada hari ini,semalam ataupun yg akan datang pasti akan terus terjadi.selagi masyarakat tidak ambil peduli tentang kekuatan iman kepada pegangan agama.MISS KELAT percaya semua agama d dunia mengajar perkara kebaikan..kerana semua manusia sebenarnya mencari ketenangan hidup,keselesaan dan kebahagian.. sesiapapun x ingin d himpit kesulitan.. kalau hari ini kita dah melalui bermacam cerita dan berita.. baik dan buruk, ajarkanlah kpd anak2 kita erti berani buat berani tanggung(tangungjawab).dalami kehendak agama yg sebenar benarnya..nyawa dan kehidupan ini adalah amanah dari allah untuk kita yang hidup sekarang..tentukan hidupan zaman akan datang…hentikanlah sikap pentingkan keselesaan diri..beranikanlah diri menegur kesilapan walau siapapun pelakunya..kerana kita adalah manusia yg lemah dan sering terlupa..berani kerana benar..kaulah Yang Maha Esa, kaulah Yang Maha Pengasih, dan kaulah Yang Maha Penyayang, tiada hidup tanpaMu..
itulah yang dapat MISS KELAT ungkapkan apabila melihat, merasai kesedihan, dan menyesal dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab sebegini..apalah salah dan nasib bayi2 ini, dan apalah dosa mereka..…YA ALLAH YA TUHANKU....


RiNdU...

RINDU..sesuatu perasaan yang x dapat kita nak ungkapkan dengan kata2...sama juga dengan cinta...rindu dan cinta tak dapat dipisahkan...sama juga dengan hati dan perasaan..MISS KELAT nak tanya kalian..adakah setiap baris kata yang dilafazkan terhadap pasangan masing2 adalah sekadar kata2 atau lahir dari hati yang tulus ikhlas mencintai...MISS KELAT selalu mendengar lagu MAHAR CINTA nyanyian devotees...lagu tu banyak memberin makna buat MISS KELAT...memang MISS KELAT akui yg MISS KELAT sendiri pernah beberapa kali putus cinta..tapi ni tak pernah mematahkan hati MISS KELAT  untuk bercinta lagi...bagi MISS KELAT..
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Monday, December 13, 2010

CInTa

cinta....semua org pasti pernah bercinta dan di cintai....adakala cinta itu sungguh manis dan sangat membahagiakan...dan...ada juga cinta yang membuatkan kita rasa serik...tapi bagi MISS KELAT cinta itu perlu dicari..x semestinya cinta itu patot ditinggal..
cinta....indah di dengar dari kata2...sangat manis...terasa bagai diawangan...rasa diri bagai dihargaiii..MISS KELAT pernah rasa bagaimana bercinta....sara sangat indah..dunia tu hanya milik kita sahaja...apa yg kita buat mesti kita mau bercerita tentang org tersayang...

tapi....bila putus cinta...rasa sakit hati...sedih..rasa cam diri ini...sampai ada setengah org ada yg bunuh diri disebabkan putus cinta..tapi bagi MISS KELAT...cinta tak boleh dipaksa ..ia hadir dengan sendirinya...MISS KELAT sendiri banyak kali putus cinta..dan itu x pernah mematahkan  semangat MISS KELAT untuk bercinta lagi...bagi MISS KELAT
cinta itu amat suci

..Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

apa pandangan kalian tentang CINTA?

BUAT SEMUA...............

Buat semua ...akhirnya dapat jua misskelat buat blog untuk diri miss kelat dan untuk semua sahabatku x kira dimana jua kalian berada....diharap agar semua sihat sejahtera...
tujauan miss kelat buat blog ni adalah untuk mengisi masa lapang miss kelat dan buat tatapan semua sahabat tak kira dimana kalian berada...miss kelat harap agar kalian sudi untuk berkongsi apa sahaja dengan miss kelat....