UNTUK SAHABATKU

''sesungguhnya lelaki dan wanita yang islam,dan lelaki serta perempuan yang wanita yang benar,dan lelaki serta perempuan yang sabar,dan serta wanita yang merendah diri(kepada allah),dan lelaki serta wanita yang bersedekah dan lelaki dan wanita yang berpuasa,dan lelaki serta wanita yang memelihara kehormatannya,dan lelaki serta wanita yang menyebut nama allah banyak-banyak,allah telah meyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.''(surah al-ahzab 33:35)



ORANG YG BERPEGANG DENGAN AGAMA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Ujian berat kita rasakan
Datang menimpa menjadi beban
Alangkah hebat godaan Syaitan
Untuk meruntuh Istana ImanBersungguh kita menjaga Iman
Banyak cabaran di akhir zaman
Iman ibarat api di tangan
Setiap masa mahu dilepaskan.....




Dalam hadis rasulullah yang bermaksud:
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya mengikut ajaran yang akan didatangkan dengannya."
H.R. Hasan Sohih



 Orang sering membezakan/menilai seseorang itu dengan:
1-umur
2-pangkat(pekerjaan)
3-tahap pembelajaran(contoh:kolej)
4-sikap
5-pemakaian
6-imej
7-kelas
8-ilmu(yang tidak penting)
9-komen
10-gaya
11-percakapan
12-kecantikan(paras rupa)
13-harta
14-pengetahuan(yang lagh"a/lalai)
15-pekerjaan(contoh:doktor)
16-populariti
17-kebendaan
18-hobi
sebaliknya,kita perlu menilai seseorang itu dengan KEIMANANnya...



Baginda Rasulullah SAW bersabda:
"sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat seratus kali, maka akan mendapat nur pada hari kiamat yang sekiranya nur itu dibahagikan kepada semua makhluk pasti akan cukup bagi mereka semua"(Riwayat Abu Naim)



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat, maka baginya di sisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barang siapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya.”



Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain.



Jika anda terhimpit oleh sebuah tekanan, maka ingatlah berapa byk tekanan yg telah berhasil anda lalui dan berapa banyak Allah telah menyelamatkan diri anda. Dengan demikian, maka pada saat itu anda akn tahu bahawa Zat yg telah menyelamatkan diri anda di dunia, juga akn melakukan hal yg sama di akhirat kelak.