Monday, February 14, 2011

ORANG YANG BAHAGIA MENARIK LEBIH REZEKI

ada masa tatkala hati gembira, kita kekadang merasakan mengapa aku perlu melayan hati yang sedih. bukankah jauh lebih baik jika aku sentiasa dapat memperkasakan hati, lalu hidup ini dilalui dengan lebih ceria dan penuh warna warni.
namun, itulah kehidupan, ada masa hati tersenyum riang, jiwa rasa penuh bunga-bunga yang kembang dan mewangi harum. hidup terasa indah. tika dan saat lain, hati merintih sedih, jiwa merana sayu, hidup rasa tidak bermakna.
dengan menggunakan EFT, emotional freedom technique kita mampu membebaskan emosi negatif dalam sekejapan.
emosi negatif dalam diri, ibarat sekatan pada laluan air sungai,apabila dialihkan sekatan itu, atau dibuang daripada laluan air sungai tersebut, maka air sungai akan mengalir lancar dan laju malah mampu pula menolak sekatan – sekatan kecil yang baru mula menapak pada laluannya.
begitu jugalah emosi negatif dalam diri. jika kita buang sekatan atau emosi tersebut, bukan sahaja hidup ini penuh riang, tubuh jauh daripada penyakit (emosi negatif menarik penyakit seperti magnet), malah rezeki turut melimpah ruah.
sememangnya, orang yang bahagia mengundang rezeki yang jauh lebih besar. mengapa ye?
1. orang yang bahagia, hatinya juga bahagia- dia mudah membayangkan yang indah-indah dalam hidupnya. lalu, minda separa sedarnya juga bergerak ke arah itu, maka laluan hidupnya sentiasa dipenuhi yang indah-indah. rezeki juga amat mudah.
2. orang yang bahagia, tubuhnya jauh lebih sihat – pernah dengar umur kronologi dan umur biologi? orang yang bahagia, umur biologinya jauh lebih muda daripada umur kronologinya. maka, dia bukan sahaja nampak jaul lebih muda daripada usia sebenar, tetapi dia juga sihat dan jarang diserang penyakit. maka, wangnya tidak dibazirkan untuk kesihatan sahaja. rezekinya berkat.
3. orang yang bahagia, adalah orang yang bersyukur- orang yang bahagia; dia bahagia kerana dia jarang berkeluh kesah. dia melalui hidup seadanya dan amat mudah berpuas hati, tidak mudah merasa tertekan dengan sebarang jua situasi . mudah bersyukur dan mudah rasa hidupnya sempurna walaupun apa yang dimikinya sedikit. dia mudah memandang orang yang dibawah dan bukan orang yang di atas, lalu dia merasa bersyukur. bukankah orang yang bersyukur itu, Allah akan menambahkan lagi rezekinya?
4. orang yang bahagia adalah magnet rezeki- dengan sifatnya yang bahagia, maka rezeki cepat bertandang. hidupnya yang ceria membuatkan dirinya menjadi magnet kepada semua yang positif. semua yang positif mengelilingi orang yang positif juga. dan hanya orang yang positif juga yang boleh menjadikan orang lain positif.

EMOSI-MEBEBASKAN EMOSI NEGATIF

terlalu banyak yang difikirkan. otak tidak pernah berhenti berfikir. masalahnya, apa yang difikirkan adalah bercampur aduk. positif, kekadang negatif. ada masa lebih banyak negatif. bagaimana mahu terus positif; sedang kita sedia maklum bahawa positif menarik positif dan sebaliknya. vice versa.
otak adalah suatu organ tubuh yang amat istimewa. sementelah pula, kita dianugerahkan akal. apatah lagi, kitalah satu-satunya makhluk Allah yang dikurniakan-Nya akal. kalau semua makhluk di dalam universe ini, patuh kepada perintah-Nya tanpa berdolak dalih; kita, satu-satunya makhluk yang paling istimewa, susah sekali untuk patuh.
akal yang diberikan, kita salah gunakan. banyak kali kita tersasar dari jalan yang lurus, ada akal, kita tidak mampu menggunakannya untuk mengekalkan kepositifan emosi. bagaimana agaknya nasib kita di tempat yang kekal abadi nanti?
alangkah indahnya dunia ini, andai kita sentiasa kekal tenang, manusia pastinya tidak saling bermusushan dan hidup aman damai. tapi, apa yang berlaku bukan begitu, kerana hidup kita penuh mehnah dan tribulasi. lalu, bagaimana cara untuk kita kekal positif agar kita mampu menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai-Nya walau apa bentuk ujian yang tersedia untuk kita?
1. pelajari ilmu stress
tekanan adalah penyebab kenapa kita beremosi. ketahuilah bagaimana mahu kekal tenang dengan cara mengawal sress. orang yang stress banyak sekali ketidakseimbangannya, baik pada tubuh, kerjaya mahupun perhubungan. kawal stress kita.
2. baca Al-quran
mengajilah walau 10 ayat. Al-quran , ramai yang tahu, al-quran adalah penawar, namun, jangan sekali-kali membacanya untuk mendapatkan ketenangan, bacalah kerana Allah, hati memang akan serta merta damai. mengajilah setiap hari, luangkan masa kita yang sibuk itu untuk mentelaah kata-kata Allah.
3.menyambung silaturarrahim.
pergilah menziarahi kaum kerabat, yang terpenting; ibu dan bapa. mintalah redha keduanya terutama ibu bapa suami, ajak dan bantu suami menghormati dan mengingati ibu bapanya; kerana tanggung jawab suami pada ibu bapanya tidak pernah berakhir walau dia telah mempunyai tanggung jawab baru pada kita dan anak-anak. ingatlah, redha orang tua sangat bermakna. kerana redha ibu bapa adalah redha Allah.
4. membantu yang susah
terutama ahli keluarga sendiri. amat besar pahala yang didapati oleh isteri yang membantu suaminya. bukankah itu tujuan hidup kita? memberi manfaat pada yang lain. insan yang paling baik adalah insan yang paling banyak berbuat baik pada orang lain. apatah lagi sekiranya tangan kita adalah tangan yang diatas.
5. ikhlas
hati yang ikhlas adalah hati yang tenang dan damai. buatlah sesuatu kerana allah.
hidup berilmu. ceria selalu